Perincian Kart


KeteranganAmaun
Penghantaran (sila pilih destinasi)


Pelanggan Brunei, Singapura & Thailand,
kami alukan mengambil pakej di negeri M'sia
yang bersempadan. 1-3 hari bekerja terima.

GST 6% diserapkan dalam harga.
TOTAL:

Sila buat pilihan checkout anda.
Data persendirian tidak diperlukan. Mudah membuat pesanan.

Hantar Pesanan Anda

Perincian anda disini tidak akan dipamerkan.

Ketika ini pesanan dropship.
Sila masukkan perincian PENERIMA pakej disini.
Masukkan perincian anda sebagai AGEN diruang disediakan.
Terima kasih.

Ruang dibawah untuk maklumat AGEN sahaja.
Sila masukkan mesej anda disini.
Sesalinan pesanan telah dihantar ke alamat emel anda. Sila semak inbox anda. Terima Kasih.
desain terbaru tudung instant aidiladha hari raya haji 2015 borong facebook

Berkenaan Kami

Berikut bingkisan latarbelakang kami pemilik jenama tudung Artie Natasha & tudung bawal Artie yang telah disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia Kelantan disiarkan pada bulan Mei 2015 di rancangan Selamat Pagi Malaysia.


Disini kami berkongsikan pengalaman suka-duka, pahit manis dalam memertabatkan industri fesyen tempatan terutamanya fesyen bertudung/hijab Malaysia. Ia menjadi inspirasi kami untuk memastikan setiap wanita tidak kira latarbelakang mahupun kedudukan mempunyai rekaan tudung desain terbaru pada harga mampu milik.

Kami juga merungkai bagaimana rakan niaga kami berjaya dalam menguruskan perniagaan masing-masing dengan hanya menjual produk tudung kami sahaja. Sudah semestinya, jika ada kemahuan sudah tentu ada jalan.

Kami juga berkongsikan bagaimana industri tekstil tempatan bagi negeri Kelantan khasnya serta hala tuju industri tersebut di Malayisa. Kami juga telahpun mengembangkan sayap produk kami ke negara jiran seperti Singapura, Thailand & Brunei dalam memastikan kelangsungan fesyen bertudung tempatan sentiasa mendapat perhatian sewajarnya oleh peminat-peminat disana.


Sejarah Penglibatan Tudung Artie Natasha

ARTIE NATASHA dan TUDUNG ARTIE dimiliki sepenuhnya oleh ARTIE FESYEN TEXTILE, sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan beroperasi di negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan MALAYSIA.

Beroperasi sejak dari tahun 2007 lagi, kini Artie Fesyen Textile berbangga dengan beberapa keluaran koleksi kami selain dari membekalkan kain bagi pembuatan tudung dan pakaian. Kini kami memiliki 2 buah butik di Kota Bharu. 1 buah pejabat, stor simpanan stok kain dan tudung dan kilang menjahit bekalan kain tudung berhampiran bandar Kota Bharu, KELANTAN.

tudung natasha kota bharu kelantan


Pada awal penglibatan kami dalam industri textil di Kelantan amnya dan Malaysia khasnya, kami bermula dengan membekalkan kain tudung pasang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur untuk pengusaha dan kilang jahitan tudung dan pakaian.

Memandangkan potensi dan pengalaman kami, serta menyahut dan menyokong industri fesyen muslimah tempatan, kami telah mengorak langkah pada awal tahun 2009 dengan memperkenalkan koleksi tudung kami dengan jenama NATASHA. Kini Tudung NATASHA telah dipasarkan ke seluruh Malaysia, dengan beberapa rangkaian perniagaan strategik kami di Kuala Terengganu, Alor Setar (Kedah), Langkawi dan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan.

Setelah hampir 4 tahun berbangga dengan koleksi keluaran kami iaitu NATASHA, kini 2013, NATASHA dengan rasminya menggunakan jenama ARTIE NATASHA dan TUDUNG ARTIE setelah mendapat pengiktirafan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

tudung artie kota bharu kelantan


Kini tudung koleksi kami yang menggunakan label Natasha dan Natasha E&Z DIMANSUHKAN sepenuhnya  dan menggunakan jenama baru  iaitu ARTIE NATASHA dan TUDUNG ARTIE pada kesemua keluaran dan produk tudung kami.

Tudung Artie Natasha (baru), tudong half-moon, tudung hoodie, tudung kristal, tudung satu, dua dan tiga layer (berlabucci dan manik), tudung pearl, tudung lukisan batik tangan menggunakan label ARTIE NATASHA manakala koleksi tudung bawal kami iaitu, bawal kosong, tudung bawal bersulam, tudung bawal berlian dan aksesori tudung menggunakan label TUDUNG ARTIE.

Kesemua pembuatan kain, jahitan, rekaan dan perincian koleksi tudung kami masih dibuat/diproses di kilang-kilang kami di Kota Bharu, Kelantan sehingga kini. Pengeluaran telah ditingkatkan hasil dari kerjasama erat serta strategik dan semuanya disediakan bagi peminat dan pengguna setia koleksi tudung-tudung kami.

Kenapa pengusaha dan pengguna memilih produk dan koleksi kami?

Secara keseluruhan:-
  • Inspirasi dan idea khusus untuk pengguna Malaysia.
desain tudung hari raya terbaru untuk Aidilfitri


Bagi Pengguna:-
  • Rekaan koleksi tudung bersesuaian dengan industri fesyen masa kini.
  • Harga sangat berpatutan kerana berurusan terus dengan pemilik dan pembuat dan bukannya pihak ketiga.
  • Staff dan pembantu sangat peramah, menarik dan berpengalaman dalam perkembangan industri fesyen tempatan
  • Mempunyai ruang butik yang luas bagi membuat pilihan di kedua-dua outlet kami.
  • Stok tersedia dengan berbagai saiz dan pilihan tudung.
  • Pembelian persendirian mahupun pukal - kadar harga istimewa untuk semua pembelian pukal yang luar jangka. 

Bagi Pengusaha:-
  • Mempunyai kilang kain, jahitan sendiri dengan kerjasama strategik pengusaha-pengusaha kecil industri jahitan memastikan stok dan mutu jahitan terjamin.
  • Mempunyai bekalan stok sedia ada di rangkaian butik kami jika diperlukan.
  • Berurusan terus dengan pemilik dan pembuat dan bukannya orang ketiga, mahupun orang tengah.
  • Penghantaran dengan cepat dengan berbagai kaedah penghantaran mengikut kesesuaian lokasi anda.
  • Harga pukal yang sungguh menarik dengan kadar nisbah perolehan bagi satu produk mencecah sehingga 250%! Berbanding kualiti kain dan jahitan disediakan oleh pengeluar yang lain.

Bagi Pengguna On-line:-
  • Dapat menerima/melihat kemaskini keluaran terbaru kami serta promosi terkini dari butik kami.
  • Membuat pesanan secara on-line 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan seterusnya
  • Membuat pesanan dengan mudah tanpa memerlukan maklumat dan data peribadi anda.
  • Berhubung secara persendirian melalui e-mail ataupun nombor telefon anda.
  • Anda membuat pesanan dan membeli terus dari pembuat/pengeluar dan bukannya peyimpan stok atau orang ketiga.
  • Kemaskini stok yang datangnya terus dari butik dan stor kami dan bukannya melalui agen dan sebagainya.
  • Pilihan dari berbagai kaedah penghantaran mengikut kesesuaian anda.

Untuk berhubung terus kepada kami, boleh ke butang "Hubungi Kami "  untuk pencerahan.