Perincian Kart


KeteranganAmaun
Penghantaran (sila pilih destinasi)


Pelanggan Brunei, Singapura & Thailand,
kami alukan mengambil pakej di negeri M'sia
yang bersempadan. 1-3 hari bekerja terima.

GST 6% diserapkan dalam harga.
TOTAL:

Sila buat pilihan checkout anda.
Data persendirian tidak diperlukan. Mudah membuat pesanan.

Hantar Pesanan Anda

Perincian anda disini tidak akan dipamerkan.

Ketika ini pesanan dropship.
Sila masukkan perincian PENERIMA pakej disini.
Masukkan perincian anda sebagai AGEN diruang disediakan.
Terima kasih.

Ruang dibawah untuk maklumat AGEN sahaja.
Sila masukkan mesej anda disini.
Sesalinan pesanan telah dihantar ke alamat emel anda. Sila semak inbox anda. Terima Kasih.
desain terbaru tudung instant aidiladha hari raya haji 2015 borong facebook

Soalan Lazim - FAQ

Tudung Natasha dan Artie Natasha adalah sama ke?
Ya. Sejak tahun 2007 lagi, kami telah merekabentuk, membuat dan memasarkan tudung jenama Natasha dan Natasha E&Z. Kami juga melantik pengedar yang sah sahaja untuk menjual koleksi tudung keluaran kami.

Apa bezanya tudung Natasha & Artie Natasha?
Tiada beza!. Cuma hanya pada jenamanya sahaja dan koleksi rekaan terbaru bagi memnuhi citarasa trendsetters tempatan. Kini kami telah meningkat tambah pengeluaran koleksi tudung kami berserta rekabentuk-rekabentuk tudung baru di atas permintaan yang sangat menggalakkan dari fashionista muslimah tudung bawal kami. tudung Artie Natasha tetap menggunakan kain Korea dengan gred AAA, berserta aksesori perincian seperti "cut stone", labucci, manik berkilat, kristal dan berlian yang lebih berkualiti dan tahan.

Adakah tudung keluaran Artie Natasha dijual secara borong sahaja?
Tidak. Kami juga menjual secara runcit (retail) di rangkaian butik-butik kami. Di laman web ini, kami sediakan satu ruang untuk pengguna setia tudung kami untuk menerima sebarang kemaskini produk. Disamping itu, bagi mereka yang ingin memesan secara borong (kodi) & juga belian runcit boleh membuat pesanan dengan mudah, ringkas & lebih cepat.

Jika membuat pesanan, berapa cepat boleh tiba ke tempat saya?
Cepat atau lambat berdasarkan pilihan anda. Sila rujuk laman Bantuan > Kaedah Pesanan yang kami sediakan sebagai rujukan. Ia bergantung kepada pilihan anda suapaya ia mudahkan anda untuk menerima pesanan tersebut.

Adakah anda menjual tudung terpakai?
Tidak sama sekali! Kami merekabentuk, menjual dan mengedarkan koleksi tudung-tudung baru sahaja, yang datangnya terus dari kilang kami, serta menggunakan trademark baru iaitu tudung Artie Natasha.

Apakah waktu operasi butik anda?
Butik-butik kami beroperasi dari jam 930 pagi sehingga jam 1900 malam setiap hari dan tutup pada hari Jumaat sahaja. Namun begitu, oleh kerana kini kami sediakan kaedah pesanan on-line, anda tetap boleh memesan pada bila-bila masa, 24jam, dan pesanan anda tersebut akan diproses secara automatik oleh sistem kami. Selain dari itu, anda juga boleh berhubung terus kepada kami ke nombor-nombor telefon yang disediakan yang boleh dirujuk ke laman Bantuan > Hubungi Kami untuk melihat secara terperinci.

Adakah anda memberikan harga "istimewa" bagi belian borong?
Sudah semestinya. Ingat, anda sedang berurusan dengan pemilik koleksi & galeri tudung Artie Natasha sendiri dan bukannya orang ke-tiga. Ini bermakna, harga "istimewa" potongan sehingga 65% dari harga runcit disediakan.

Apakah jaminan anda terhadap penghantaran pesanan saya?
Oleh kerana koleksi keluaran kami telah dipatenkan, ia harus melalui berbagai ujian bagi menjamin kualiti dan keselesaan pengguna. Ini termasuk perkhidmatan tambahan disediakan (seperti penghantaran dan penukaran) bagi kesemua koleksi keluaran kami. Disamping itu, kami telah melantik berbagai vendor penghantaran utama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, disertakan juga perlindungan insurans (jika diperlukan) bagi sesuatu penghantaran.

Boleh ke saya membuat pesanan borong & pesanan secara runcit (retail)?
Sudah tentu boleh. Disarankan anda menghantar pesanan anda secara berasingan bagi memudahkan sistem kami mengkategorikan pesanan anda tersebut. Sebagai contoh, di ruang Hantar Pesanan, anda boleh setkan bilangan diperlukan bagi sesuatu item tudung. Jika anda ingin membeli secara runcit, anda hanya tetapkan nilai 1 sahaja sebagai kuantiti item anda. Perincian lanjut anda boleh ke Bantuan > Kaedah Pesanan.

Adakah laman anda ini selamat untuk membuat pesanan?
Sudah tentu! Ini kerana kami tidak memerlukan perincian persendirian anda seperti nombor akaun atau nombor kad kredit anda untuk membuat pesanan. Segala pesanan anda akan berhubung melalui e-mail dan juga terus ke nombor telefon anda. Pihak kami tidak menyimpan sebarang data mahupun menjaja data pelanggan, demi memastikan privasi pengguna kami sentiasa terjamin. Sila baca ketetapan privasi polisi kami di Berkenaan Kami > Polisi Privasi.

Anda ada sebarang pertanyaan?
Gunakan contact form dibawah ini untuk berhubung terus dengan kami du Artie Natasha. Mudah dan cepat, terus ke sistem kami dan seorang wakil/kakitangan kami sedia membantu, bila-bila masa.